SelangorToday

DR. SITI MARIAH RAI JURURAWAT DENGAN PULUT KUNING

Exco Wanita dan Kesihatan Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud menyatakan penghargaannya kepada dedikasi dan pengorbanan jururawat di Malaysia khususnya di Selangor. Dengan cabaran berkali ganda dua tiga tahun ini, negara dilanda pandemik Covid-19 dan bencana banjir, peranan jururawat amat disanjung tinggi. Kata Dr. Siti Mariah, tanpa kesabaran dan kekuatan mental serta fizikal jururawat yang menjadi petugas barisan hadapan ketika negara dilanda bencana, pasti negara menjadi lumpuh dan keadaan kesihatan awam menjadi kucar-kacir. Maka sempena Hari Jururawat, Dr. Siti Mariah mengucapkan ‘Selamat Hari Jururawat’ dan berterima kasih kepada mereka semua.

Pada hari yang berbeza, Dr. Siti Mariah bersama Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor – SUKA telah hadir ke Klinik Kesihatan Puchong Batu 14 bagi meraikan Hari Jururawat bersama petugas kesihatan di sana. Selain itu, ADN Seri Serdang itu juga turut mengunjungi Klinik Kesihatan Desa Batu 13 juga bersama anggota SUKA. Dalam majlis meraikan Hari Jururawat yang serba ringkas itu, Dr. Siti Mariah membawa pulut kuning sebagai tanda kasih beliau kepada Jururawat disana.

Hilang lelah dan beban yang sedang dipikul oleh jururawat di klinik tersebut apabila Naib Presiden AMANAH itu membuat kunjungan dan meraikan mereka semua. Meski hanya setahun sekali sahaja perayaan itu diadakan, ia cukup bererti buat jururawat semua. Terpancar wajah kecerian pada mereka ketika bertemu Dr. Siti Mariah. Bagi mereka yang syahid akibat Covid-19, dihadiahkan surah Al-Fatihah.

Exit mobile version