SelangorToday

DUA BIDANG PERHATIAN ABBAS JIKA DIBERI MANDAT SEBAGAI ADN SERI SERDANG

Calon HARAPAN DUN Seri Serdang, Abbas Azmi telah melancarkan Tekad 5 Tahun Abbas Azmi jika diberikan peluang sebagai wakil rakyat Seri Serdang kali ini. Beliau yang berpengalaman sebagai ahli majlis di dalam kawasan Seri Serdang menggariskan dua bidang utama untuk diberikan perhatian bagi melicinkan pentadbirannya. Pertama Abbas melihat jaringan komuniti setempat akan menjadi nadi utama kehidupan yang lebih baik rakyat Seri Serdang, oleh itu, pemerkasaan jaringan komuniti ini akan dilaksanakan dengan menumpukan kepada pengukuhan aktiviri persatuan penduduk, KRT dan JMB.  Tambah Abbas, setiap komuniti akan ditetapkan piawannya serta menjadi agen penyampai maklumat kerajaan negeri kepada peduduk.

Kelebihan yang ada pada Abbas selaku Ahli Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Selangor akan merintiskan jalan kerjasama dengan Persatuan Sukan Negeri demi menggerakan aktiviti kesukanan di kawasan Seri Serdang. Dalam masa yang sama, Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional ini akan menjadi pemudah cara kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS)dalam urusan permohonan lesen perniagaan khsusunya dikawasan kampung tradisi dan peniaga jalanan. Beliau berharap idea yang digagaskan ini mampu membuka pemikiran rakyat untuk tidak terperangkap dengan sentimen kaum dan agama sebaliknya memilih atas keupayaan sebagai pemimpin.

Abbas juga mahu memberikan perhatian kepada solusi menyeluruh terkait dengan isu banjir dan kesesakan jalan rakyat di Seri Serdangg. Kata beliau, sesi libat urus melibatkan PBT dan JKR akan dijalankan agar pembinaan jalan alternatif boleh dilakukan sesegera mungkin. Abbas yang mewakili suara orang muda di Selangor akan mempromosikan penggunaan pengangkutan awam serta menilai semula caj parkir supaya rakyat memilih pengangkutan awam. Abbas juga berazam agar projek RTB Sungai Kuyuh dilaksanakan segera bagi mengelakkan isu banjir berlaku lagi. – Selangor Today

Exit mobile version