SelangorToday

DUN MORIB : SAMBUTAN TAHUN BARU INDIA MERIAH

Kira-kira 500 pengunjung memeriahkan sambutan Tahun Baharu India atau Chittirai Puthandu di Dataran Morib di sini semalam. Wakil rakyatnya Hasnul Baharuddin berkata sambutan amat memberangsangkan kerana pengunjung yang hadir bukan sahaja kaum India sebaliknya pelbagai bangsa.

 “Sambutan ini pertama kali dianjurkan bertujuan mengeratkan integrasi antara kaum di samping meraikan tahun baharu masyarakat India di DUN Morib khususnya. Kita sering kali dengar sambutan Deepavali, Maal Hijrah tetapi belum pernah dengar wujudnya Chittirai Puthandu atau Tahun Baharu India,” katanya

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Exco Kebajikan Masyarakat Selangor, V Ganabatirau.  Sementara itu, pengunjung G Umananthini, 46, mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat itu yang sudi meraikan sambutan perayaan tersebut meskipun berbeza agama dan budaya.

 “Terima kasih Yang Berhormat (YB) Hasnul Baharuddin kerana anjurkan sambutan ini untuk kaum India. Harap ia diadakan setiap tahun dengan pelbagai aktiviti yang menarik,” katanya.

Exit mobile version