
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pandan Indan menganjurkan Program Jom Isi Minyak Motor Percuma buat warga Pandan Indah sempena Perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Program yang diadakan dengan kerjasama Exco Pertanian & Infrastruktur Selangor,Ir Izham Hashim selaku ADN di kawasan tersebut khusus bagi membantu penduduk setempat yang ingin pulang ke kampung.

Program tersebut diadakan selama tiga hari berturut-turut melalui 25 Mac sehingga 27 Mac 2025 ini melibatkan tiga lokasi iaitu Caltex Cheras Indah, Caltex Taman Chempaka dan BHP Pandan Indah.

Sementara itu, semalam Izham yang juga Pengerusi AMANAH Selangor sempat mengedarakan kek kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya sempena Sambutan Peringatan Hari Polis yang ke-218. Turut menerima kek daripada Izham adalah Balai Polis Pandan Indah dan Balai Polis Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik. –SelangorToday