SelangorToday

DUTA PERPADUAN SELANGOR 2022 DILANCARKAN

Pelantikan 15 individu sebagai Duta Perpaduan Selangor 2022 merupakan usaha melahirkan barisan kepimpinan yang bersemangat sekali gus mengukuhkan kesefahaman rakyat.

Exco Perpaduan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata lantikan itu turut membantu Kerajaan Negeri mendampingi masyarakat dan membentuk toleransi serta kesefahaman antara penduduk.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud bercakap kepada media selepas majlis pelancaran Duta Perpaduan Selangor 2022

“Duta ini akan mendekatkan diri mereka dengan komuniti dan dapat memupuk kesefahaman. Kita tidak mahu rakyat cepat melatah sekiranya berdepan provokasi terutama melibatkan isu agama dan bangsa.

“Program ini menerima permohonan dalam kalangan generasi muda berusia antara 18 hingga 35 tahun. Semuanya dari pelbagai kaum dan agama termasuk Orang Asli,” katanya.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyempurnakan serahan watikah duta berkenaan.

Beliau turut melancarkan muzik video bertajuk ‘Kita Kan Selangor’ nyanyian artis terkenal Aliff Satar & The Locos sebagai strategi mempromosi semangat perpaduan.

Sementara itu, Dr Siti Mariah berkata pihaknya bakal mengusulkan elemen serta inti pati berhubung perpaduan pada sidang Dewan Negeri Selangor akan datang.

“Usul ini membabitkan tiga teras iaitu maju bersama, aneka kepelbagai dan bangsa sepunya yang menekankan aspek perpaduan antara rakyat.

“Ini julung kali diusulkan keran tidak pernah ada jawatan kuasa perpaduan. Kita akan rancang pelbagai program yang dapat memupuk semangat kerjasama,” katanya.

Exit mobile version