SelangorToday

EKONOMI MADANI SATU LAMBARAN EKONOMI BARU TUMPU KEBAJIKAN RAKYAT – HASBIE

Ekonomi Madani merupakan satu langkah asas yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan dalam membuka lambaran baharu kepada ekonomi Malaysia. Ahli Dewan Negara, Hasbie Muda menyatakan bahawa kerangka Ekonomi yang dibawa oleh kerajaan hari ini menumpukan kepada usaha memperkasakan rakyat dari aspek kehidupan dan kebajikan. Tambah beliau, jarang sekali sebuah kerangka ekonomi dibuat atas pengkhususan mahu membangunkan rakyat semata-mata. Namun Malaysia tekad melakukanya. Sebagai contoh, Hasbie menyatakan kadar upah negara hanyalah 32.4% daripada nilai KDNK negara, namun dalam Ekonomi Madani, kerajaan berusaha untuk meningkatkan kadar tersebut sehingga mencapai 45% yang mana ia lebih dekat dengan negara-negara maju iaitu sebanyak 49%.

Hasbie yang juga Ketua Pemuda AMANAH Nasional menjelaskan, tekad kerajaan Perpaduan ini akan melebarkan kadar upah masyarakat agar ia dinikmati dengan nilai yang lebih besar khususnya dikalangan orang muda. Mengulas peranan penjawat awam dalam menjayakan Ekonomi Madani, Hasbie menyatakan bahawa pentingnya penjawat awam sebagai nadi kepada penggerak kerajaan menyokong usaha tatakelola dan integriti yang baik dalam pentadbiran. Ini kerana dengan pelaksanaan dua kriteria itu tadi akan mendorong pelabur asing datang ke Malaysia dan ia akan membantu menjayakan Ekonomi Madani.

Dalam masa yang sama, MADANI yang diistilahkan sebagai misi dan visi negara dibawah Kerajaan Perpaduan boleh dikaitkan dengan kejayaan baginda Nabi Muhammad SAW dalam membanggunkan sebuah negara biasa menjadi negara maju dan bertamadun. Hasbie menambah, baginda nabi berjaya mengubah kota yathrib menjadi negara Madinah Al-Munawarah yang lebih hebat dan menjadi kejayaan pentadbiran Islam di dunia. Begitu juga dengan Ekonomi Madani, Hasbie berkata ia kerangka yang jelas dan komprehensif untuk mengubah kedudukan dan struktur ekonomi Malaysia agar berlaku anjakan besar kearah negara maju pada masa hadapan. – Selangor Today

Exit mobile version