SelangorToday

ELAK MENYALAHKAN ALAM, SELANGOR AMBIL LANGKAH DRASTIK KENAL PASTI PUNCA TANAH RUNTUH

Kejadian tanah runtuh yang berlaku minggu lalu di Taman Bukit Permai, Ampang telah mengorban 4 nyawa. Kejadian yang berlaku semasa hujan lebat memaksa agensi keselamatan seperti Bomba dan APM dikerahkan ke sana. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang baru sahaja selesai kuarantin setelah dijangkiti Covid-19 tidak menyalahkan keadaan alam semata-mata, namun mengerahkan tindakan segera diambil bagi mengatasi masalah ini pada masa mendatang.

Dalam laman sosial beliau, Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu memaklumkan beberapa tindakan telah diambil seperti mengisytiharkan kawasan tanah runtuh yang terlibat merupakan kawasan bencana. Kedua, beliau menasihatkan penduduk yang berisiko untuk berpindah segera di mana kerajaan negeri akan membuka Pusat Pemindahan Sementara. Seterusnya, kerajaan negeri bersetuju menyampaikan sumbangan RM 10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban.

Akhir sekali, Ahli Dewan Negeri Sungai Tua itu memaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi lain berkaitan untuk melaksanakan proses penelitian terhadap lokasi tersebut sebelum memberi pengesahan keselamatan kawasan tersebut untuk didiami.

Exit mobile version