SelangorToday

ELAK PEMIKIRAN ‘ABSOLUTISM’ DALAM BERPOLITIK – JAMZURI

Aktivis AMANAH Selangor, Saudara Jamzuri Ardani mengingatkan agar pemikiran absolutism perlu dihindari dalam politik. Kata beliau, benar atau salah sesuatu pendirian politik biasanya adalah relatif. Baik atau buruk juag relatif. Apa yang penting adalah nilai dan prinsip hidup yang kita pegang. Sekiranya sesuatu pendirian itu bertentangan dengan nilai dan prinsip hidup kita, maka kita akan tolak, dan begitulah sebaliknya.

Jamzuri Ardani, Aktivis AMANAH Selangor

Dalam laman sosial beliau, beliau menegaskan bahawa mempunyai nilai dan prinsip hidupn yang berbeza tidak bermakna orang itu lebih salah atau lebih buruk dari kita. Maka betul atau salah pendirian politik adalah relatif dengan nilai dan prinsip yang kita pegang. Ianya tidak ‘absolute’

Beliau memberi contoh bahawa ‘polisi ekonomi’, ‘dasar pendidikan’, ‘keselamatan awam’, dan seumpanya adalah pendirian politik. Maka isu-isu tersebut tiada ‘absolutism’. Namun apabila melibatakan isu rasuah, salahguna kuasa, pembohongan dan kecurangan ia bukan lagi dalam kerangka perbahasan politik semata, ianya sudah menjangkau sempadan politik kerana ia adalah bentuk jenayah. Dalam hal itu, apapun nilai dan prinsip yang kita pegang, ianya tetap salah.

Exit mobile version