Site icon SelangorToday

ELAK PERTINDIHAN PENERIMA, WARGA SELANGOR TERIMA BSB FEBRUARI INI

Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato Seri Amiruddin Shari mengumumkan seramai 55, 4215 keluarga telah menerima Bantuan Selangor Bangkit yang bernilai RM1, 000 sekeluarga melibatkan 9 daerah. Beliau menambah seramai 13 keluarga pula yang kehilangan ahli keluarga tersayang akibat banjir tahun lalu telah pun menerima wang ehsan pemberian kerajaan negeri bernilai RM10, 000 sekeluarga. Bererti keseluruhan jumlah bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada mangsa banjir bernilai, RM55.555 Juta.

Maklum beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Selangor itu, seramai 109, 000 keluarga telah membuat permohonan BSB bernilai RM1,000. Terdapat peningkatan tinggi permohonan BSB di dua daerah melibatkan daerah Petaling dan Klang. Bagi daerah Petaling, jumlah permohonan adalah 77,000 jauh lebih tinggi berbanding jumlah mangsa banjir yang direkodkan di daerah tersebut. Manakala di daerah Klang, perbezaan antara permohonan yang diterima dengan mangsa banjir daerah tersebut adalah sebanyak 30,000.

Maka Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua itu memaklumkan bahawa kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah akan melakukan proses semakan dan pemutihan kepada setiap permohonan tersebut bagi mengelakkan penerima menerima BSB lebih dari sekali atau pemohon yang tercicir daripada menerima bantuan. Proses semakan telah pun berada di tahap akhir dan pemohon yang belum menerima BSB akan menerima selewat-lewatnya hujung Februari ini.

Exit mobile version