SelangorToday

EMPAT KEDAI MUSNAH AKIBAT TERBAKAR DI SELAYANG, PKM ADUN TURUT TERKESAN

Dilaporkan empat kedai sederet di Bandar Baru Selayang, Gombak musnah akibat kebakaran yang berlaku malam tadi. Turut menerima tempias kecil adalah Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Negeri Taman Templer.

Kira-kira pada jam 7.45 malam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) menerima laporan tentang kebakaran tersebut dan menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Selayang ke lokasi untuk memadamkan kebakaran. Operasi tersebut turut dibantu oleh pasukan BBP Rawang, Sentul dan Jinjang. 

Jelas Pengarah JBPM Selangor, Wan Razali Wan Ismail, kebakaran yang melibatkan kedai berkeluasan 1,000 kaki persegi setiap unit itu tidak melibatkan mangsa.

Dalam masa yang sama, melalui satu posting Facebook ADN Taman Templer, Anfaal Saari menyatakan PKM beliau menerima kesan tidak kurang 5 peratus akibat kebakaran tersebut. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak JBPM yang berjaya mengawal kebakaran. -SelangorToday

Exit mobile version