Apabila menyebut isu kewanitaan dan antarabangsa pastinya nama Anfaal Saari menjadi kaitan rapat. Naib Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional itu sudah mencipta nama setelah kerap kali mengangkat isu-isu antarabangsa dan kewanitaan sehingga mampu menjadi teguran kepada pihak tertentu. Namun pemimpin pelapis wanita ini juga berkeupayaan mengupas dan menilai sesuatu karya tulisan sama ada daripada buku, rencana mahupun novel untuk diangkat sebagai bahan pengajaran kepada hidup beliau dan masyarakat itu.
Sebelum ini beliau diamanahkan sebagai Ahli Majlis dibawah DUN Gombak setia, setelah penggal tersebut tamat, beliau tetap diberikan peranan sebagai Ahli Majlis cuma bertukar tempat duduk dibawah DUN Hulu Kelang. Meneruskan daya kepimpinanya, Ketua AWAN Gombak ini telah turun ke gelanggang Bola Tampar AU 4/9, Lembah Keramat petang 28 Mac 2022. Sambil melihat kepada keperluan yang perlu dilakukan sebagai ahli majlis, beliau juga telah menyampaikan sumbangan bola tampar dan jaring kepada masyarakat yang selalu bermain disitu.
Sebelum itu pada 27 Mac 2022, Anfaal sempat turun melihat gelanggang sepaktakraw yang baru dibina oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya di Taman Permata 2, Hulu Kelang. Baru dibuka sebulan yang lalu, masyarakat telah mula menggunakan kemudahan tersebut sebagai tempat riadah mereka. Oleh itu, anak kepada tokoh pejuang reformasi dan anti-ISA iaitu Tuan Hj Saari Sungib itu telah menyampaikan sumbangan set bola takraw dan jaring kepada anak-anak muda yang bermain sepaktakraw di gelanggang tersebut.
Sesungguhnya, Anfaal mampu melihat kepada keperluan perkembangan semula sukan komuniti kepada anak-anak muda yang pastinya memberi kesan kepada masa akan datang. Kurangnya kemudahan riadah buat anak muda menyebabkan mereka cenderung melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seterusnya melumpuhkan penyediaan generasi masa depan. Oleh itu, Anfaal menjadikan bantuan kemudahan sukan kepada anak-anak muda sekitar kawasannya sebagai agenda utama.