SelangorToday

FOKUS AHLI MAJLIS | KITAR SEMULA DAN KEBERSIHAN KAWASAN JADI AGENDA UTAMA USAMAH

Menjadikan kawasan sekitar selamat dan canggih mungkin menjadi salah satu keperluan semasa. Namun yang lebih penting untuk memastikan kelangsungan alam sekitar untuk generasi akan datang, maka kebersihan kawasan serta pengurusan sampah yang berkesan menjadi keutamaan Ahmad Usamah bin Zulkifli. Anak muda yang dipilih sebagai Ahli Majlis dibawah kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu kerap mengadakan aktiviti gotong-royong dibawah kawasan seliaannya.

Ketua Pemuda AMANAH Gombak itu diamanahkan sebagai Ahli Majlis Zon 3 MPS mulai penghujung 2020 itu mengorak langkah dengan nafas baru memimpin sebahagian kawasan DUN Gombak Setia itu. Baru-baru ini, Ahmad Usamah dan Jawatankuasa Penduduk (JKP)nya menerima anugerah bagi Pertandingan Program Kitar Semula E-Waste. Untuk makluman Majlis Perbandaran Selayang mengajurkan 2 kategori pertandingan, iaitu kategori Kitar Semula E-Waste dan kategori Pengumpulan Minyak Masak. Ahmad Usamah dan JKPnya berjaya mengondol kedua-dua anugerah tersebut sebagai Johan pertandingan.

Usaha yang berterusan daripada pasukan Ahmad Usamah memberi impak yang besar kepada persekitaran kawasan jagaannya memandangkan jumlah penduduk kawasannya sedikit padat. Sebelum itu, Ahmad Usamah dan pasukannya menganjurkan Program Gotong-Royong di Taman Batu dan Taman Greenwood. Ia melibatkan kerjasama penduduk sekitar kawasan tersebut. Kepimpinan Bendahari AMANAH Selangor itu terserlah dalam memikul amanahnya.

Exit mobile version