SelangorToday

‘FORGOTTEN BABY SYNDROME’ SEMAKIN MENINGKAT, SELANGOR LANCAR KEMPEN 5P

Kejadian tertinggal anak dalam kenderaan di Selangor semakin memperlihatkan peningkatannya apabila pada tahun 2023 sebanyak dua kes kejadian tertinggal anak dalam kenderaan berlaku, manakala baru tiga bulan memasuki tahun 2024, satu kes telah pun berlaku di Selangor. Situasi merbahaya yang dinamakan sebagai ‘Forgotten Baby Syndrome’ telah memberi petunjuk kepada kerajaan negeri untuk melakukan langkah pencegahan dari sekarang. Oleh yang demikian, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari telah melancarkan kempen ‘ Di mana anak anda sekarang?’ sebagai usaha kerajaan negeri memberikan kesedaran kepada orang ramai perihal isu tersebut.

Dalam ucapan beliau ketika melancarkan kempen Keselamatan kanak-kanak dan kesejahteraan keluarga peringkat Negeri Selangor hari ini, Anfaal berkata kempen ‘Di mana anak anda sekarang?’ akan dilaksanakan melalui tiga strategi. Pertama, Selangor akan memberi kesedaran kepada golongan sasar melalui garis panduan yang dirangka secara berperingkat dengan kerjasama Persatuan Taska Negeri Selangor(PTNS). Hari ini kerajaan negeri memulakan langkah kesedaran dengan melancarkan kempen ‘5P’ yang perlu dijadikan rutin ketika ibubapa mahupun penjaga membawa kanak-kanak dalam kenderaan selain mengadakan forum untuk mengenalpasti faktor dan cara lebih berkesan menangani isu ini. Amalan ‘5P’ tersebut  ialah 1)Pasang Sebelah Kiri, 2) Sediakan Plush toy, 3) Letakkan barang peribadi, 4)Beri perhatian dan 5) Tetapkan peringatan.

Anfaal yang juga Timbalan Ketua Wanita AMANAH Nasional berkata, kempen secara giat akan diadakan melibatkan agensi media kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi lain dibawah kawalan kerajaan negeri. Kempen ini juga akan mengedarkan pelekat kenderaan secara percuma kepada golongan sasar yang memaparkan slogan kempen iaitu ‘Di mana anak anda sekarang?’ dan ‘Pandang belakang’. Strategi terakhir yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan menggunakan peluang sebagai pembuat dasar untuk menampilkan pelbagai dasar yang seiring dengan faktor yang menjadikan isu keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan terabai. Anfaal mengingatkan ibubapa dan penjaga akan pengabaian kanak-kanak boleh didakwa dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2002 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali. – SelangorToday

Exit mobile version