SelangorToday

GAGASAN RUMPUN SELANGOR AGENDA KUKUH PERPADUAN RAKYAT – EXCO

Ketua Pembangkang,ADN Sungai Air Tawar Datuk Rizam Ismail bercakap kepada media selepas Sidang Dewan Negeri Selangor di luar bangunan Dewan Negeri Selangor., Shah Alam pada 29 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Gagasan Rumpun Selangor bakal menjadi agenda memperkukuh semangat perpaduan nasional di negeri ini, kata EXCO perpaduan.

Datuk Rizam Ismail berkata beliau juga melihat perpaduan nasional sebagai keutamaan baginya mengemudi portfolio berkenaan.

“Ia bukan semata-mata soal perpaduan tetapi juga aspek hubungan harmoni dan kesatupaduan antara pemimpin dan penduduk setempat dengan semangat kekitaan yang tinggi antara masyarakat berbilang kaum.

“Saya meletakkan Gagasan Rumpun Selangor sebagai antara perkara keutamaan yang akan diterjemahkan di bawah portfolio saya,” katanya dalam temubual di Selangorfm semalam.

Rizam berkata Selangor adalah mini Malaysia yang mempunyai kepelbagaian demografi penduduk justeru Gagasan Rumpun Selangor penting bagi menterjemah dan memperkukuh agenda perpaduan nasional.

“Kita boleh datang daripada pelbagai asal usul, agama, etnik, lahir di negeri berbeza tetapi bermastautin atau bekerja di Selangor ini bermakna kita dalam rumpun ini.

“Perlu ada satu semangat keluarga besar Selangor yang saling membantu satu sama lain berkongsi persamaan dan mendepani perbezaan tetapi akhirnya kita mempunyai tunjang aspirasi yang sama,” katanya.

Exit mobile version