Site icon SelangorToday

GELANGGANG DUN MAHKOTA DIBUKA 14 SEPTEMBER, MENGUNDI 28 HARI BULAN

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N. 29 Mahkota, Johor pada 28 September depan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 14 September, manakala tarikh mengundi awal pada 24 September depan.

PRK ini diadakan bagi mengisi kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri Mahkota berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu. – Berita RTM

Exit mobile version