SelangorToday

GILIRAN AMANAH SABAK BERNAM PULA TURUN KE HULU LANGAT

Memasuki fasa akhir proses pemulihan pasca banjir di Hulu Langat, giliran AMANAH Sabak Bernam pula turun membantu proses pemulihan pasca banjir di sana. AMANAH Sabak Bernam bersama ahli dan pimpinannya turun membersihkan selut lumpuh yang masih sukar untuk dibersihkan melibatkan kawasan sekitar tersebut.

Selain itu, AMANAH Sabak Bernam juga memberikan sedikit bantuan kemudahan kepada mangsa banjir yang terjejas teruk. Bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor telah mula diagihkan kepada mangsa banjir yang terlibat. Namun AMANAH terus mengorak langkah menambah sumbangan kepada mereka demi kelangsungan hidup dan semangat kepedulian kepada rakyat.

Untuk makluman, Hulu Langat merupakan daerah yang terjejas teruk akibat banjir pada 18 dan 19 Disember tahun lalu. Bencana banjir yang berlaku menyebabkan saluran komunikasi seperti jalan raya, kemudahan elektrik dan jalur lebar juga terputus.

Exit mobile version