SelangorToday

GLC,PBT SELANGOR WAJAR SERAP GRADUAN BARU SERTAI MEREKA – DANIAL

Dewan Negeri Selangor – Ahli Dewan Negeri Kawasan Batu Tiga, Danial Al-Rashid Harun berpendapat Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri(GLC) dan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Selangor wajar menyerap masuk graduan baharu bagi menambah peluang pekerjaan. Jelas beliau lagi, melalui satu program khas speerti my Step. Maka Danial menyarankan kepada kerajaan untuk melaksanakan program seperti myStep ini dalam versi Negeri Selangor yang boleh dinamakan sebagai SELGEP – Selangor Graduates Employment Programme.

Danial yang juga Ketua Pemuda AMANAH Negeri Selangor berucap ketika perbahasan usul menjunjung Kasih Titah Diraja sempen Pembukaan Sidang Dewan Negeri Selangor bagi tahun 2024 pada Khamis lalu. Tambah beliau lagi, cadangan yang dikemukakan ini merupakan strategi serampang dua mata apabila ia mampu mengatasi kadar pengangguran di Selangor dan mampu mendedahkan kepada generasi muda berkaitan urustadbir sesebuah pentabiran. Usaha ini secara tidak langsung mampu menyediakan lapisan baru generasi kepimpinan masa depan.

Selain itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu ingin kerajaan negeri memanfaatkan inisiatif sedia ada iaitu Selangor Technical Skills Development Centre(STDC) yang menekankan kepada ekosistem latihan kemahiran berorentasikan industri iaitu Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM). Danial menggesa kerajaan negeri mencari jalan bagaiaman peluang yang boleh dijalinkan antara STDC dan industri dijalankan lebih meluas dan berimpak tinggi. – SelangorToday

Exit mobile version