SelangorToday

GOBIND SINGH GANTI TONY PUA, GANABATIRAU KE KLANG

Salah satu parti dalam komponen HARAPAN, Parti Tindakan Demokratik (DAP) Selangor telah mengumumkan sebagai calon mereka yang bakal beradu tenaga dalam Pilihan Raya Umum ke-15. Pengerusi DAP Selangor yang juga Timbalan Pengerusi HARAPAN Selangor, Gobind Singh Deo akan beralih tempat ke Damansara menggantikan bekas  Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tony Pua. Satu pengumuman rasmi telah diadakan di Damansara oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada Rabu. Sebelum ini anak kepada Mendiang Karpal Singh itu berjaya mempertahankan Parlimen Puchong selamat 3 penggal berturut-turut, namun PRU kali ini, beliau akan beradu di kerusi yang lebih kukuh untuk memberikan laluan kepada muka-muka baru di kerusi lain.

Meski pun tidak bertanding, Tony Pua akan membantu calon HARAPAN

Meskipun pengumuman itu amat mengejutkan dan menjadi dramatis oleh pihak penyokong DAP, namun Tony Pua berjanji untuk membantu calon yang akan bertanding dan memenangkan HARAPAN. Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Gobind, bekas Menteri Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin akan dipertaruhkan di sana sekali gus meninggalkan kerusi lamanya di Bakri Johor. Parlimen Bangi yang menjadi tanda tanya selepas penyandangnya, Ong Kian Ming mengumumkan berehat daripada arena politik terjawab selama apabila anak tokoh wartawan terkemuka, Syahredzan Johan Jaafar menjadi calon DAP di Bangi.

Pengumuman ini memperlihatkan keampuhan strategi DAP dalam mengepung undi rakyat Selangor kali ini bagi memastikan proses membentuk kerajaan di Putrajaya kelak dipermudahkan. Tekad semua parti termasuk KEADILAN (meletakkan Anwar di Tambun) dan AMANAH (Khalid Samad di Titiwangsa) menjadi petunjuk jelas bahawa HARAPAN benar-benar menyusun langkah dengan penuh taktikal untuk membenam UMNO/BN dan PN. Salah seorang Exco Selangor mewakili DAP pula, iaitu V. Ganabatirau bakal diletakkan menggantikan Charless Santiago di Parlimen Klang. Ada ura-ura ketidapuasan hati mengapa Charless tidak terpilih, tetapi hari ini Charless menyeru semua pengundi beliau terus menyokong calon HARAPAN di Klang. – Selangor Today

Exit mobile version