Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng menyenaraikan 10 menteri kabinet dibawah kepimpinan Ismail Sabri Yaacob melalui sebuah kenyataan di media sosialnya. Ahli Parlimen Bagan itu berkata, memandangkan Perdana Menteri akan berada di New York selama seminggu bagi menghadari persidangan UNGA di sana, moleklah Perdana Menteri melihat semula prestasi menteri-menteri kabinetnya yang begitu lemah sekali. Dalam isu menangani kenaikan paras inflasi, Guan Eng berkata, Pengerusi Jawatankuasa Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan 2 bulan lalu, gagal memainkan membantu meredakan impak kenaikan inflasi kepada masyarakat. Pengerusi jawatankuasa tersebut, Annuar Musa yang juga menteri Komunikasi dan Multimedia itu hanya bermain retorik semata-mata tentang usaha kerajaan menangani masalah inflasi sedangkan masalah tersebut berlarutan sehingga sekarang.
Selain itu, Guan Eng menyatakan bahawa Timbalan Presiden PAS yang diberikan tanggungjawab memimpin KASA sebuah kementerian yang akan membuat persediaan ancaman banjir dilihat gagal berbuat demikian, meski sudah diberikan akan amaran untuk bersedia, kelewatan mengarahkan semua agensi bersedia untuk menghadapi banjir adalah tanda kegagalan Tuan Ibrahim Tuan Man. Malah Guan memetik kenyataan Penganalisis Politik, Prof. Agus yang berkata, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama Islam) Idris Ahmad yang juag Naib Presiden PAS sentiasa kurang cermat mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan agama menyebabkan ketegangan lebih banyak berlaku berbanding perdamaian. Rina Harun selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat salah satu menteri yang disenaraikan oleh Guan Eng yang gagal menguruskan diskirminasi gender menyebabkan hak wanita tidak mampu dipertahankan oleh Rina sendiri.
Menteri daripada kalangan pemimpin Barisan Nasional juga gagal memimpin kementerian masing-masing. Kata bekas Menteri Kewangan itu, antaranya ialah Bendahari BN, Hishamuddin Hussein yang gagal menjawab segala persoalan yang dibangkitkan berkaitan skandal LCS memandangkan beliau adalah Menteri Pertahanan. Presiden MCA, Wee Ka Siong(Menteri Pengangkutan) juga dilihat menteri yang gagal memahani kepentingan negara mahupun kepentingan peribadi apabila berdegil untuk memberikan pengecualian kepada dasar kabotaj yang akan menyebabkan kerugian berbilion ringgit. Menteri paling tinggi pendapatanya, M.Saravanan, Menteri Sumber Manusia daripada MIC juga gagal menunaikan janjinya untuk menyelesaikan kekurangan buruh asing dengan 47,000 buruh asing dibawa masuk. Nama-nama lain adalah Shahidan Kasim, Mustapa Mohamed dan Takiyuddin. – Selangor Today