SelangorToday

HAK RAKYAT PALESTIN AKAN KEMBALI KE TANGAN MEREKA – MOHAMAD SABU

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Mohamad bin Sabu yakin bahawa perjuangan rakyat Palestin akan mencapai kejayaan tidak lama lagi setelah melihat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat di seluruh dunia kepada Pelastin. Berucap dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi, Mohamad berkata hanya Amerika Syarikat dan Britain sahaja yang masih membela regim Israel. Sebaliknya negara-negara lain, berpadu sokongan tanpa melihat perbezaan agama, bangsa dan negara untuk menyokong perjuangan Palestin.

Tambah Presiden AMANAH itu lagi, ternyata isu kekejaman Israel kepada Palestin bukanlah hanya berkisarkan soal orang Islam sahaja, sebaliknya ia menjadi isu semua agama dan hak kemanusiaan. Kata Mohamad lagi, regim yang berjaya membentuk negara di tanah Palestin pada tahun 1947 itu menindas rakyat beragama kristian selain yang beragama Islam di Palestin. Malah dengan segala tindakan regim Israel sebelum ini, seperti melanggar perjanjian penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin, menghalau beribu rakyat Palestin dari tanah air mereka sendiri serta  mengepong pusat perlindungan United Nation sehingga menyebabkan kanak-kanak, wanita dan warga emas mati disana, Mohamad berkata regim Israel tetap tidak akan berpuas hati dengan tindakan yang telah mereka lakukan.

Mohamad juga membangkitkan pengkhianatan regim Israel setelah perjanjian penyelesaian dua negara dimeterai. Meskipun perjanjian telah disepakati, namun regim Israel tetap membina beratus-ratus ribu rumah di tanah kepunyaan Palestin. Pidato Mohamad yang mendapat sorakan gemuruh daripada peserta himpunan tersebut yakin bahawa kesombongan regim Israel akan tumbang. – SelangorToday

Exit mobile version