
Seramai 450 peserta daripada warga DUN Batu Tiga Shah Alam menerima baucar Jom Shopping Perayaan Aidilfitri hari ini. Majlis serahan itu yang diadakan di Shah Alam turut disertai oleh Ahli Parlimennya, Hj Azli Yusof serta Ahli Majlis MBSA, Firdaus Mokhtar.

Melalui posting yang dimuat naik oleh Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Danial Al-Rashid Harun, serahan yang diadakan hari ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan penerima seramai 900 peserta. Manakala bakinya akan diserahkan esok.

Sementara itu, Danial dan pasukannya juga telah membina satu aplikasi digital yang berfungsi sebagai platform pihak pusat khidmat DUN Batu Tiga mengemaskini program dan insiatif yang dilaksanakan di Batu Tiga.

Aplikasi yang dinamakan sebagai MY BT3 boleh dimuat turun melallui Applestore mahupun Playstore. Pastinya aplikasi yang disediakan ini memudahkan warga Batu Tiga mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini apa yang berlaku di Batu Tiga dengan kadar masa yang pantas. -SelangorToday