Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merakam percakapan Ahli Dewan Negeri Sungai Burong Mohd Zamri Mohd Zainuldin susulan hantaran palsu mengenai perdana menteri di Facebook hujung tahun lalu.
SKMM dalam kenyataan berkata keterangan wakil rakyat daripada Perikatan Nasional (PN) itu diambil pada 7 Janauri lalu bagi membantu siasatan polis selepas akaun Facebooknya didapati antara didakwa memuat naik hantaran palsu.
Menurut kenyataan, Dr Mohd Zamri yang turut dikenali sebagai Ustaz Zamri Mantop disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
Sebelum ini Pakatan Harapan Selangor membuat laporan polis terhadap hantaran yang didakwa palsu terhadap PM. Kata Naib Pengerusi PH Selangor, amalan fitnah yang semakin berleluasa harus dikekang. Maka laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada yang melakukan hantaran berunsur fitnah.