SelangorToday

HARAPAN AKAN PERKENAL INISIATIF PRORAKYAT JIKA TERAJUI PUTRAJAYA – AIMAN

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) kerusi Sepang yakin pelbagai inisiatif prorakyat di Selangor boleh diperluas ke peringkat persekutuan jika gabungan itu menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Mengambil contoh Skim Insurans Am Selangor (INSAN) secara percuma kepada orang ramai, Aiman Athirah Sabu percaya skim itu boleh diadakan pada peringkat nasional.

Calon HARAPAN Sepang Aiman Athirah Sabu ke pusat penamaan calon 

“Selangor kerajaan paling berkebajikan. Ada banyak program termasuk memberi insurans hayat kepada rakyat. Ini tidak pernah berlaku, ada banyak lagi program sedang berjalan.

“Isu terkait denyut nadi rakyat, periuk (nasi) dan poket rakyat, ini perlu kita urus dengan baik tetapi keseluruhannya bergantung kepada sama ada kita tadbir Putrajaya atau tidak,” kata ketua Wanita HARAPAN di pusat penamaan calon di sini, semalam.

Beliau bersaing dengan Datuk Seri Rina Harun (Perikatan Nasional) dan Che Asmah Ibrahim (Pejuang) selain Anuar Basiran dari Barisan Nasional dan tiga lagi calon Bebas.

Exit mobile version