SelangorToday

HARAPAN BAWA AGENDA RAKYAT,SEDIA PERTAHANKAN KEMENANGAN DI SELANGOR

Baru-baru ini, HARAPAN Selangor telah mengadakan pemukimannya di Sepang melibatkan semua pimpinan utama KEADILAN, AMANAH dan DAP Selangor. Menyedarikan akan hakikat bahawa UMNO sentiasa mendesak agar diadakan PRU sesegerakan mungkin, HARAPAN Selangor telah mengambil langkah bersepadu antara semua parti dalam komponen HARAPAN bagi mendepani cabaran yang bakal tiba jika DUN dan Parlimen terbubar. Kehadiran Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari selaku Pengerusi HARAPAN dan KEADILAN Selangor serta Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim dan Gobing Singh (Pengerusi DAP Selangor) membuktikan bahawa HARAPAN Selangor sentiasa sepakat dan kukuh menerajui mandat rakyat.

Pengerusi HARAPAN Selangor, Amiruddin Shari sedang memberikan pandangan dalam Pemukiman HARAPAN Selangor

Satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pemukiman selesai,parti dalam HARAPAN Selangor bersepakat untuk menghadapi PRU ke-15 dengan penuh kesediaan melalui cara mengetengahkan pencapaian HARAPAN mentadbir Selangor dengan kemampuan mengekalkan kestabilan, mempertingkatkan kemakmuran ekonomi negeri dan menjaga kebajikan rakyat Selangor sepanjang tempoh 3 penggal.  Namun dalam masa yang sama, HARAPAN Selangor berpandangan pembubaran parlimen dan PRU dalam masa terdekat bukanlah masa terbaik bagi rakyat. Hal ini demikian kerana, negara memerlukan masa untuk melalui proses pemulihan ekonomi dan kehidupan pasca pandemik serta mengambil kira faktor risiko bencana banjir yang boleh melanda negara termasuk di Selangor.

Pengerusi Biro Pembangunan Sumber Manusia AMANAH Selangor, Abbas Adzmi menyatakan pandangannya

Selain itu, HARAPAN bersetuju untuk mengukuhkan kebersamaan dan kesepakatan antara semua parti komponen terutamanya dari segi logo dan imej HARAPAN bagi menghadapi PRU ke-15. Manakala HARAPAN akan menggerakan kekuatan jentera di seluruh Selangor terutamanya memperkukuhkan kerjasama antara Pusat Khidmat Masyarakat(PKM) & lantikan politik seperti Ahli Majlis PBT, MPKK, PeBS, PWB , KKI,KKB dan SUKA bagi merealisasikan serta menjayakan polisi baik negeri termasuk Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) agar sampai kepada sasaran. Akhirnya HARAPAN bersiap siaga dalam pengurusan bencana alam agar dapat meminimumkan kesanya kepada rakyat. – Selangor Today

Exit mobile version