SelangorToday

HARAPAN GEGAR KUALA SELANGOR, GELOMBANG RAKYAT BERSAMA DR. DZULKEFLY

Jelajah Mega HARAPAN yang diadakan di Kuala Selangor pada Rabu memberi petanda jelas bahawa HARAPAN berada di depan dengan sentiasa bersama rakyat. Jelajah yang diadakan melibatkan semua negeri di Malaysia sehingga tamat tempoh kempen PRU ke-15 ini menampilkan tokoh-tokoh gergasi dalam HARAPAN termasuk Pengerusinya Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Anthony Loke. Dapatan yang diperoleh oleh pemerhati yang hadir acara tersebut melihat, gelombang rakyat telah berjaya dicetuskan meskipun penamaan calon bermula lebih dari seminggu lagi. Rakyat tidak berganjak dan tekun mendengar penerangan yang disampaikan oleh para penceramah.

Orang ramai tidak berganjak mendengar ceramah HARAPAN

HARAPAN yang sentiasa dinamik dengan idea dan nafas baru turut menampilkan wajah-wajah baru sebagai penceramah, pastinya gaya dan olahan orang baru mampu menawan dan mempengaruhi golongan muda yang bakal mengundi. Danial Al-Rashid Harun dan Juwairiyah Zulkifli antara figura muda yang bakal diangkat oleh HARAPAN mengundi HARAPAN kelak. Walaupun hujan rintik-rintik dan padang berlecak, orang ramai masih kekal dan bertambah bersama-sama dengan HARAPAN bangkit membenamkan UMNO/BN dan PN. Kemuncaknya, apabila Dr. Dzulkefly penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor berucap, ternyata rakyat Kuala Selangor belum bersedia memilih calon lain selain Dr. Dzul sebagai YB mereka. Dihantar tokoh-tokoh berduit sekalipun untuk menumbangkan Dr. Dzul di Kuala Selangor, rakyat marhaen akan bersatu mempertahankan Dr. Dzul dan HARAPAN disana.

Gelombang rakyat menyebelahi Dr. Dzul dan HARAPAN

Amiruddin Shari general perang HARAPAN Selangor berkali-kali menegaskan bahawa HARAPAN adalah nadi rakyat, dengan HARAPAN rakyat akan dibangunkan seperti yang dibuat di Selangor. Mohamad Sabu pula selaku tokoh nasional yang bakal membantu mempertahankan Selangor dalam genggaman HARAPAN meminta rakyat membuka mata atas ketirisan yang sentiasa berlaku dibawah pemerintahan UMNO/BN dan PN. Anwar Ibrahim selaku calon PM HARAPAN pula membangkitkan kecelaruan PAS yang menyokong bekas Menteri Luar PH, Saifuddin Abdullah. Semasa Saifuddin di dalam PH, PAS mengutuk sekeras-kerasnya Saifuddin apabila kononnya ingin menandatangani ICERD, kini PAS menyokong pula menteri yang dikutuknya dahulu. – Selangor Today

Exit mobile version