SelangorToday

HARAPAN SELANGOR TIDAK PINGGIR RAKYAT, KOMITED SALUR BANTUAN

Kerajaan Negeri sentiasa komited menyalurkan bantuan bagi memastikan kehidupan rakyat terus stabil dan terbela.

Dato’ Menteri Besar berkata biarpun berdepan beberapa masalah termasuk isu air, Selangor berjaya membuktikan pentadbirannya tidak meminggirkan rakyat.

“Adakah kita tiada masalah? Memang ada satu dua masalah tetapi kadang kala ia salah faham, salah erti, dipermainkan dan diputar.

“Contohnya, kita dapat atasi masalah air. Tahun ini ada tetapi tidak banyak seperti sebelum-sebelum ini kerana kita berjaya tambah pegawai dan peruntukan untuk atasi masalah pencemaran.

“Inilah nilai impak dan perubahan yang kita perbetulkan segala kesilapan dan membaiki kekurangan untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Karnival Jelajah Iltizam Selangor Penyayang di Kampung Selayang Baru di Selayang Baru di sini.

Tambah Amirudin, Selangor juga berjaya membangunkan pentadbiran negeri biarpun Umno dan Barisan Nasional (BN) sering mengatakan negeri akan menjadi muflis.

“Mereka (Umno dan BN) sering mengatakan kalau kita tadbir negeri akan jadi bankrap dan pembangunan tidak dapat dilaksana serta hilang status negeri maju.

“Lebih 14 tahun kita mentadbir dan dibawah Pakatan Harapan kita bukan sahaja menjadi negeri maju tetapi menyumbang kepada pendapatan negara paling tinggi berbanding ditadbir BN. Malah, kita tidak bangga dengan angka-angka sahaja tetapi dapat laksana program membantu rakyat,” katanya.

Exit mobile version