SelangorToday

HARI SUKAN NEGARA: KBS,KPM DAN KPT DISERU LEBIH ERAT BUDAYAKAN SUKAN NEGARA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kesepaduan yang lebih erat antara Kementerian Belia dan Sukan(KBS), Kementerian Pendidikan(KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT) mempereratkan kerjasama dalam memacu pemerkasaan kegiatan sukan dalam negara. Seruan itu dilontarkan oleh Anwar agar kegiatan sukan di sekolah, pusat pengajian tinggi dan komuniti terus disegarkan dan diperkasa.

Berucap merasmikan Hari Sukan Negara(HSN) 2023 bertemakan #FitMalaysia di Dataran Putrajaya, Anwar menjelaskan, Malaysia MADANI yang didambakan hanya akan berkembang sekiranya rakyat diperkasakan, bukan hanya menerusi bidang pekerjaan dan ekonomi sahaja, malah menerusi aspek kesihatan melalui sukan. Tambah Pengerusi HARAPAN itu, rakyat mahukan keamanan, dan negara MADANI merupakan negara yang fokus untuk memacu pertumbuhan dalam pelbagai aspek.

Acara tahunan tersebut turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. Tambah Anwar lagi, selaku Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan beberapa insentif dan inisiatif yang dituntut puluhan tahun untuk kegiatan sukan, dalam Belanjawan 2024. Untuk rekod, Anwar membentangkan peruntukan RM72 juta tahun hadapan bagi memperkukuhkan ekosistem atlet acara podium dan pelaksanaan inisiatif Roa to Goal, sebagai usaha menggapai pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik. – SelangorToday

Exit mobile version