SelangorToday

HASANUDDIN TURUN SANTUNI PETUGAS KESELAMATAN DI PESISIR PANTAI SELANGOR

Yang Berhormat Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat telah mengadakan lawatan ke pos kawalan pesisiran pantai di sepanjang negeri Selangor. Sebelum ini Hasanuddin telah membuat kunjungan ke Batalion 4 Pasukan Gerakan Am Semenyih, disitu Hasanuddin dimaklumkan anggota disana perlu bertugas ialah mengawal dan menjaga keselamatan di kawasan pesisiran pantai di sepanjang negeri Selangor. Oleh yang demikian, satu permohonan lawatan ke pos kawalan di sana telah dimohon ke Kementerian Dalam Negeri.

Hasanuddin menandatangani buku lawatan

Dalam lawatan tersebut, Hasanuddin sendiri selaku Ahli Parlimen Hulu Langat bersama para pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat menyantuni petugas di beberapa pos kawalan itu. Antara lain tujuan lawatan tersebut ialah bagi melihat sendiri keadaan pos kawalan dan mendengar penerangan tentang bagaimana para anggota PGA menjalankan tugas mereka.

Hasanuddin ketika melihat keadaan sekitar pos kawalan

Daripada makluman yang diperoleh oleh Naib Presiden AMANAH itu, kawasan pesisiran pantai negeri Selangor merupakan kawasan tumpuan bagi kerja-kerja penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI). Sudah banyak tangkapan dan kes penyeludupan yang berjaya dipatahkan setiap tahun. Lawatantersebut melibatkan 4 buah pos iaitu Pos Assam Jawa di Daerah Kuala Selangor, Pos Kapar Kecil di Daerah Klang Utara, Pos Jeti Perajurit di Daerah Klang Selatan dan Martak Op Nyah 1 Pantai Baru Morib di Daerah Kuala Langat.

Exit mobile version