SelangorToday

HASBIE & DANIAL TURUN KE SEPANG SELAMI ISU PEMUDA

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Hasbie Muda dan Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Danial Al-Rashid Harun akan turun ke Parlimen Sepang Sabtu ini dalam Program Jelajah Pemuda AMANAH. Program yang dianjurkan oleh Pemuda AMANAH Selangor itu akan diadakan sekitar kawasan parlimen Sepang melibatkan aktiviti mengagihkan Kurma kelolaan Pemuda AMANAH Sepang dan aktiviti pengisian Jelajah antara AMANAH Nasional dan AMANAH Selangor disana. Hasbie yang juga bekas Pegawai Khas Timbalan Menteri KPKT telah pun turun menyantuni pemuda-pemuda AMANAH diseluruh negara melibatkan beberapa buah negeri termasuk Kelantan.  

Setelah diberikan mandat memimpin Pemuda AMANAH Nasional, Hasbie lebih banyak masa menyusun semula struktur organisasi Pemuda AMANAH Nasional termasuk berjumpa sebanyak yang boleh penggerak parti bagi mengatur semula perjalanan gerak kerja Pemuda AMANAH. Oleh itu, meski Hasbie diberikan tanggungjawab dalam keadaan Pemuda AMANAH Nasional hilang nakhoda, Hasbie berjaya membetulkan semula arah tuju Pemuda AMANAH untuk mengorak langkah dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Program Jelajah Pemuda AMANAH ini khusus untuk mendapatkan maklum balas dan kedudukan terkini Pemuda AMANAH diperingkat akar umbi selain menyantuni pengundi muda dikawasan sekitarnya. Sebagai sebuah parti bernuansa Melayu-Islam yang progresif, Danial selaku pemimpin sayap AMANAH Selangor bertanggungjawab menggembleng usaha kearah memikat hati pengundi muda di Selangor supaya kerajaan Pakatan Harapan Selangor mampu dipertahankan.

Exit mobile version