SelangorToday

HASBIE MUDA WAKILI AMANAH RUNDING KERJASAMA HARAPAN BERSAMA MUDA & PSM

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Hasbie Muda dipilih sebagai wakil AMANAH yang akan merunding kerjasama HARAPAN dengan parti yang membuat permohonan menyertai HARAPAN iaitu MUDA dan PSM. Selain Hasbie, mewakili KEADILAN adalah Nik Nazmi, Steven Sim mewakili DAP dan Ewon Benedick mewakili UPKO. Mereka berempat dipilih sebagai ahli jawatankuasa rundingan MUDA dan PSM bagi memberikan input kepada Majlis Presiden HARAPAN untuk membuat keputusan. Melalui satu kenyataan Majlis Presiden HARAPAN semalam, Majlis berpendapat permohonan parti-parti yang ingin menyertai HARAPAN bererti parti-parti yang sedia berpegang pada prinsip dan berada di landasan yang sama dengan HARAPAN.

Hasbie Muda ketika menyokong perbahasan oleh wakil Pemuda AMANAH di Konvensyen AMANAH Nasional

Malah usaha ini mampu mengelakkan banyak penjuru dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Proses peremajaan AMANAH kelihatan telah pun bermula beberapa bulan yang lalu mendorong AMANAH memberikan ruang kepada Ketua Pemudanya, mencatur rundingan terbaik agar semua parti-parti komponen dalam HARAPAN tidak terpinggir. Dalam porgram yang berlainan, Hasbie juga telah menyatakan bahawa kesediaan Pemuda AMANAH untuk memikul beban tugas kepimpinan yang mencabar bagi memastikan AMANAH kekal sebagai parti yang progresif. Melalui tema ‘Ini Masa Kita’, bukan setakat ini masa Pemuda AMANAH dicalonkan sebagai calon Pilihan Raya, malah ini masa Pemuda AMANAH diberikan ruang yang lebih besar dalam membentuk dasar dan strategi AMANAH.

Hasbie yang didesak oleh perwakilan Pemuda AMANAH dalam Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional di Seremban minggu lalu untuk diberikan kerusi yang selamat dan boleh menang oleh pimpinan AMANAH Nasional itu bersedia mempertahankan ruang orang muda dalam AMANAH. Bagi beliau peluang yang ada hari ini digunakan untuk proses peremajaan dalam AMANAH terus berlaku tanpa membelakangi golongan terdahulu dari mereka. – Selangor Today

Exit mobile version