SelangorToday

HIJRAH LAHIR USAHAWAN DI GOMBAK, RAMAI BELIA SERTAI PROGRAM

Seramai 92 usahawan dilahirkan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) cawangan Gombak menerusi skim Zero To Hero sejak diperkenal pada 2016. Pengurusnya, Fatin Syafiqa Abdul Manap berkata daripada jumlah itu golongan belia yang menganggur dan hilang pekerjaan paling ramai memohon skim berkenaan.

“Daripada jumlah itu ada 52 usahawan yang masih aktif di bawah pemantauan Hijrah, sebahagian besar mereka ini diberhentikan kerja dan belia lepasan universiti yang tidak mendapat pekerjaan. Selain itu seramai 10 individu telah dibantu akibat hilang pendapatan kesan pandemik Covid-19 baru-baru ini,” katanya

Beliau berkata demikian selepas melawat usahawan Hijrah, Muhammad Rahmad Misnan di Taman Sri Gombak di sini, hari ini. Program Zero To Hero melaksanakan konsep melatih dan memantau peserta yang dikendalikan syarikat peneraju terpilih. Selepas tamat tempoh, peserta layak diberi peluang membuat permohonan pinjaman Hijrah sementara syarikat peneraju membekalkan peralatan dan bahan perniagaan.

Exit mobile version