SelangorToday

AMANAH TUNTUT KP SPRM DIREHATKAN SEGERA

Pengerusi Biro Mobilasi AMANAH Nasional, Yang Berhormat Sany Hamzan memberikan amaran kepada Perdana Menteri agar merehatkan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam tempoh 7 hari, jika tidak satu himpunan rakyat akan diadakan di hadapan Pejabat Perdana Menteri Putrajaya kelak.

Sany yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer turut menyertai sesi penyerahan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara petang Jumaat bersama Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdr. Hasbie Muda dan juga Pengerusi Biro Mobilasi Pemuda AMANAH Nasional, Sdr. Abbas Adzmi di pintu 3 Istana Negara . Penyerahan anjuran Biro Mobilasi Pemuda AMANAH Nasional itu meminta Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat dakwaan pihak tertentu berkaitan pemilikan saham melibatkan ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Ketika sidang media selepas sesi penyerahan, Hasbie menambah tuntutan kedua dalam memorandum ialah merehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi membolehkan proses siasatan dilakukan tanpa dipengaruhi oleh mereka yang didakwa.  Tegas Hasbie, Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah (LPPR) tidak mempunyai autoriti untuk menentukkan sama ada Tan Sri Azam bersalah atau tidak sedangkan Tan Sri Azam juga merupakan ahli dalam Lembaga tersebut. Maka penubuhan suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan.

Exit mobile version