SelangorToday

HJ AZLI BERMULA CEMERLANG DI SHAH ALAM SEBAGAI YB

Ahli Parlimen Shah Alam yang baharu, Hj Azli Yusof telah memulakan tugasannya sebagai wakil rakyat sejurus sahaja disahkan menang di Parlimen Shah Alam. Kerusi yang ditinggalkan oleh Khalid Samad sejak beliau memimpin pada tahun 2008 itu diserahkan kepada Hj Azli yang juga Ketua AMANAH Kawasan Shah Alam untuk mempertahankannya daripada dirampas oleh BN dan PN. Meskipun melihat kepada calon yang beradu kekuatan adalah sama-sama popular dan menjadikan pertarungan amat sengit, namun Hj Azli berjaya mengungguli kedudukan nombor 1 dibelakang 3 calon lain dengan majoriti 18, 095 undi.

Sabtu lalu, Hj Azli yang juga merupakan orang tempatan di Shah Alam tiba di Sekolah Kebangsaan Seksyen 18 Shah Alam bagi merasmikan Program Gotong Royong sekolah tersebut. Sambil menekankan aspek kebersihan persekitaran sekolah, Hj Azli juga menyeru warga pendidik mempertingkatkan kualiti pendidikan, memantapkan iman dan islam, membina jati diri dan memupuk semangat perpaduan di kalangan murid-murid. Disebelah petang pula, Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor itu menyantuni pemain-pemain Kejohanan Terbuka Rugbi 10 Sebelah Lelaki dan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Kejohonan yang diadakan di padang Seksyen 7 Shah Alam mendapat perhatian Hj Azli untuk dicadangkan sebagai Gelanggang Rasmi Rugbi Shah Alam.

Hj Azli yang berkelulusan Ijazah Pengurusan Kejuruteraan, university of Missouri-Rolla USA itu serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan, UNISEL itu pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Wilayah pada tahun 2018 sehingga 2020. Beliau kini merupakan naib presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur. Akhirnya pada 20 November 2022, Hj Azli menjadi tuan rumah kepada acara sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2022. Sambutan yang dianjurkan oleh Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) turut dihadiri oleh Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud. Hj Azli berharap agar inisiatif bersifat inklusif tanpa meminggirkan golongan minoriti juga akan diangkat sebagai agenda utama nasional. – Selangor today

Exit mobile version