SelangorToday

HJ HADI FITNAH PH : AMANAH BUAT LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA

Parti Amanah Negara telah membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang yang didakwa menfitnah Pakatan Harapan dengan mendakwa ketika Pakatan Harapan memerintah Malaysia, Pakatan Harapan ingin merungkai Perlembagaan yang merupakan institusi tertinggiu negara. Melalui Biro Mobilasi AMANAH Nasional, AMANAH seluruh negara digerakkan untuk membuat laporan polis terhadap dakwaan Duta Khas Malaysia Ke Timur Tengah itu. Kelihatan Pengerusi Biro Mobilasi AMANAH Nasional, Sany Hamzan diiringi pimpinan Pemuda AMANAH Selangor membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Marang itu berucap ketika diadakan Perhimpunan Perikatan Nasional Negeri Terengganu yang turut dihadiri oleh Presiden BERSATU, Mahiaddin Md Yasin. Dalam perhimpunan tersebut, Hj Abd Hadi mendakwa bahawa PH yang terdiri daripada KEADILAN, AMANAH dan DAP serta BERSATU yang kini menjadi rakan baik PAS ingin merungkai Perlembagaan. Dakwaan tersebut membangkitkan kemarahan ahli dan penyokong PH apabila dakwaan itu dinafikan sama sekali. Oleh itu, AMANAH sebagai parti komponen dalam PH mengerahkan AMANAH seluruh negara untuk membuat laporan polis.

Turut membuat laporan polis adalah Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Wan Anwar Wan Ibrahim yang juga Ketua AMANAH Kawasan Selayang. Selain itu, yang turut membuat laporan polis adalah AMANAH Puchong, AMANAH Gombak dan AMANAH Kuala Langat. Di Perak pula, AMANAH Lumut turut bersama membuat laporan polis yang diketuai oleh Hj Badrul bin Bulat, Ketua AMANAH Lumut. Seterusnya AMANAH Taiping dan AMANAH Bukit Gantang juga membuat Laporan polis. – Selangor Today

Exit mobile version