SelangorToday

HJH AIMAN LAKSANA 38 INISIATIF KASIH RAHMAH, LANCAR KEMPEN SINGGAH SEPANG

Sepang, 20 Mei – Parlimen Sepang hari ini melakar satu lagi sejarah penting apabila Ahli Parlimennya, Hajah Aiman Athirah Sabu, melancarkan dua inisiatif mega yang bakal merubah landskap sosial dan ekonomi daerah ini – iaitu 38 Inisiatif KASIH Rahmah (iKR’38) serta program pelancongan komuniti Singgah Sepang Dulu (SSD).

Pelancaran bersejarah ini menandakan komitmen berterusan beliau dalam membina sebuah Sepang yang lebih sejahtera, progresif dan inklusif, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI dan hala tuju pembangunan negeri Selangor.

iKR’38 – 38 Program Intervensi Sosial dan Ekonomi untuk Semua

Mengangkat semangat kasih, keprihatinan dan kebersamaan, iKR’38 merupakan pelan intervensi sosial dan ekonomi berskala besar yang dirangka khas untuk memenuhi keperluan sebenar masyarakat setempat. Menurut Hajah Aiman Athirah, program ini bukan sahaja menumpukan kepada bantuan kebajikan, tetapi turut memberi ruang kepada potensi pembangunan komuniti.

“Tahun 2025 ini, kami tidak mahu rakyat sekadar menunggu bantuan. iKR’38 akan menjadi jentera penyambung hayat untuk yang memerlukan, dan penggerak potensi bagi mereka yang mahu maju,” kata beliau dalam ucapan pelancaran.

iKR’38 mengandungi 38 program yang merangkumi dua kategori utama:

  1. Khidmat dan Bantuan (14 inisiatif):

I-Pendidikan (3 inisiatif) – Tumpuan kepada akses pendidikan berkualiti.

I-Kebajikan (8 inisiatif) – Pelbagai bentuk bantuan tunai, barangan dan sokongan terus.

I-Peduli Warga Emas, OKU dan Orang Sakit (3 inisiatif) – Bantuan bersasar kepada golongan rentan.

  1. Program dan Aktiviti Kemasyarakatan (24 inisiatif):

I-Rahmatan Lil’ Alamin (9 inisiatif) – Menyemai nilai ihsan dan perpaduan rentas komuniti.

I-Komuniti Sihat, Harmoni dan Sejahtera (9 inisiatif) – Fokus kepada gaya hidup sihat, kesihatan mental dan sokongan sosial.

I-Sukan, Pelancongan dan Rekreasi (6 inisiatif) – Menyokong belia, wanita dan gaya hidup aktif.

Menariknya, inisiatif ini dirangka secara bawah-atas dengan penglibatan aktif pelbagai lapisan komuniti serta agensi kerajaan dan sektor korporat, membentuk sinergi kukuh yang menjadikan iKR’38 lebih lestari dan berkesan.

“Seperti pepatah Melayu: Seikat bak sirih, serumpun bak serai, sekuat bak sepakat. Inilah semangat yang kami bawa bersama iKR’38,” tegas beliau.

SSD – “Singgah Sepang Dulu”, Bukan Sekadar Slogan

Turut dilancarkan pada majlis sama ialah program pelancongan komuniti Singgah Sepang Dulu (SSD) – satu gagasan ekonomi rakyat yang membayangkan Sepang bukan sekadar lokasi transit KLIA, tetapi sebagai destinasi pelancongan utama negara.

SSD diselaraskan dengan tiga agenda nasional:

Antara matlamat utama SSD ialah:

“SSD bukan slogan kosong. Ia adalah model ekonomi inklusif. Bila pelancong datang, kita mahu mereka singgah dan tinggal di Sepang – bukan terus ke Genting!” ujar YB Aiman Athirah disambut gelak dan tepukan para hadirin.

Kepimpinan Progresif, Rakyat Sebagai Fokus

Pelancaran serentak iKR’38 dan SSD menggariskan pendekatan menyeluruh dan progresif Hajah Aiman Athirah Sabu dalam mentadbir kawasan Sepang – bukan sahaja sebagai seorang Ahli Parlimen, tetapi sebagai pemimpin rakyat yang mendengar, bertindak dan membina masa depan bersama.

Kejayaan ini adalah hasil daripada rundingan akar umbi, pengumpulan data komuniti dan perancangan strategik rentas sektor – yang kesemuanya dirancang untuk memastikan tiada rakyat yang tertinggal dalam arus pembangunan.

Inisiatif ini bakal menjadi penanda aras kepada kawasan parlimen lain, bagaimana kepimpinan inklusif mampu mencorakkan perubahan nyata, dari desa ke global.

Hj Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, telah menyempurnakan pelancaran 38 Inisiatif Kasih Rahmah (iKR’38) dan program pelancongan komuniti “Singgah Sepang Dulu” (SSD) di Sepang.

Pelancaran ini turut menonjolkan peranan aktif dan kepimpinan progresif Hajah Aiman Athirah selaku wakil rakyat di Sepang, yang merupakan pencetus utama kedua-dua inisiatif tersebut demi membawa pembangunan menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat di Sepang.

Exit mobile version