Pada 8 Januari 2022, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang telah mengadakan permukimannya di Pejabat PKM DUN Hulu Kelang. Permukiman tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Saari Sungib selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang serta Ketua AMANAH Kawasan Gombak.
Permukiman yang diadakan satu hari itu turut dihadiri oleh ahli-ahli Majlis dibawah Hulu Kelang, antaranya Puan Anfaal Saari,Timbalan Ketua AWAN Nasional, Haji A.Yazid Alias, Pengarah Pilihan Raya AMANAH Selangor dan Tuan Radzif Hassan yang juga pimpinan Parti Keadilan Rakyat Cabang Gombak. Turut serta adalah pegawai Pusat Khidmat, anggota Pusat Wanita Berdaya DUN Hulu Kelang, anggota Penggerak Belia Selangor DUN Hulu Kelang serta ketua-ketua kampung dibawah DUN Hulu Kelang.
Bertemakan Hulu Kelang bekerja, permukiman itu dijalankan bagi menentukan hala tuju baru organisasi tersebut dalam mendepani pelbagai cabaran. Demi memastikan rakyat dipedulikan dan kesejahteraan rakyat diutamakan, maka PKM DUN Hulu Kelang akan menyusun gerak kerja barunya. Sesi permukiman tersebut dikelolakan oleh Haji Zahardin Othman pakar dalam perancangan strategik dan pengurusan organisasi.