SelangorToday

HUTANG PTPTN : DR. HASAN TEMPELAK DR. ASYRAF

Pengerusi Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional, Datuk Dr. Hasan Bahrom menempelak Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi yang menuduh PH menipu rakyat dengan menjanjikan penghapusan hutang PTPTN dalam PRU ke-14. Beliau menegaskan bahawa memang benar bahawa rakyat Malaysia yakin dengan manifesto yang telah dijanjikan oleh PH dalam PRU lalu sedang Barisan Nasional dilihat gagal dan semakin rosak mengemudi negara. Oleh itu, PH merupakan sandaran rakyat Malaysia untuk melihat negara ini terus maju dan berjaya.

Namun adalah tidak bertanggungjawab apabila Dr. Asyraf Wajdi mendakwa bahawa rakyat Malaysia ditipu apabila PH gagal menghapuskan hutang PTPTN. Ahli Parlimen Tampin itu bertegas bahawa janji manifesto yang ditawarkan oleh PH berjaya ditunaikan. PH berjanji untuk menangguhkan pembayaran hutang PTPTN kepada pemimjam yang berpendapatan RM4000 kebawah. Oleh itu, setelah PH membentuk kerajaan, dasar tersebut telah berkuatkuasa serta merta.

Maka, Ahli Lembaga Pengarah UNISEL itu menyeru agar Dr. Asyraf membuat penyelidikan dan kajian fakta sebelum membuat sebarang dakwaan. Ia bagi memastikan maklumat yang disampaikan pada rakyat bukanlah satu pembohongan yang boleh memperdaya rakyat. Sepatutnya Dr. Asyraf menyatakan siapa sebenarnya yang berjanji untuk menghapuskan PTPTN pada PRU ke-14 lalu.

Exit mobile version