SelangorToday

IBU ZAYN RAYYAN DIBAWA KE RUMAH, ‘LAKON SEMULA’ KEJADIAN KEHILANGAN ANAKNYA

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini.

Proses membawa ibu Zayn dipercayai dilakukan adalah untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn sehinggalah mayatnya ditemui pada 6 Disember lalu.

“Boleh pilih untuk tidak mahu jadi ketua jabatan, sila maklum kepada KPPA.

“Tetapi kerana tanggungjawab ada seperti saya, maki lah berbakul pun, kerja mesti dijalankan setelah dirunding,” katanya.

Berdasarkan tinjauan di lokasi, sebuah van polis tanpa logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa ibu mangsa ke lokasi kediamannya di Blok R pada jam 10.15 pagi tadi.

Setakat ini tiada maklumat diperoleh tentang mengapakah bapa Zayn dibawa le lokasi berkenaan bersama isterinya.

Difahamkan, wanita itu juga akan di bawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemui iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan bagi melakonkan semula kejadian.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

Jumaat lalu, polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka. -Berita Harian

Exit mobile version