 
                SHAH ALAM, 1 Julai 2025 – Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Perladangan hari ini mengumumkan pelancaran Program Ikon Agro Selangor 2025, yang bertujuan mengetengahkan agropreneur cemerlang dalam pelbagai bidang berkaitan pertanian.
Menurut Exco Pertanian & Infrastruktur Selangor, Ir. Izham Hashim, edisi kali ini akan menggabungkan penyertaan daripada Ikon Agro Selangor 2024 yang lalu. Justeru, pemohon tahun 2024 tidak perlu menghantar permohonan baharu bagi tahun ini.


“Program ini adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk mengiktiraf serta memberi sokongan kepada pemain industri agro yang berpotensi besar dan berjaya mencipta impak dalam bidang masing-masing,” ujar beliau menerusi satu kenyataan di media sosial rasmi hari ini.
Lima kategori dipertandingkan bagi edisi 2025:
- Pertanian
- Penternakan
- Akuakultur
- Industri Asas Tani
- Agro-Pelancongan
Setiap ikon yang terpilih akan menerima ganjaran wang tunai dan bantuan input pertanian bernilai keseluruhan RM10,000.


Permohonan program dibuka bermula 1 Julai hingga 20 Julai 2025, dan orang ramai yang berminat boleh mengisi borang secara dalam talian menerusi pautan rasmi:
👉 https://agroselangor.com/web/forms-ikon2024.php
Ir. Izham turut menyeru lebih ramai agropreneur muda dan usahawan tani untuk mengambil peluang ini bagi memperkukuhkan lagi sumbangan sektor agro kepada ekonomi negeri.
“Sama-sama kita semarakkan industri pertanian negeri Selangor,” katanya lagi.
 
				 
                             
                             
                             
                             
                            