SelangorToday

IR.IZHAM DAN AMANAH KEDAH TURUN KE SEPANG BANTU MANGSA BANJIR

Pengerusi AMANAH Selangor, YB Ir. Izham Hashim telah turun ke Labuhan Dagang dan Bukit Changgang untuk membantu mereka yang terkesan akibat banjir pada pertengahan Disember lalu. Beliau turun bersama-sama dengan AMANAH Kedah yang menghantar misi bantuan mangsa banjir sejak minggu lepas lagi. AMANAH Kedah telah berkampung membantu mangsa banjir di kawasan Sepang sejak 10 hari yang lalu.

Kata Exco Infranstruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Selangor itu, AMANAH Kedah hadir dengan kekuatan 70 orang sukarelawan yang terdiri daripada pimpinan, aktivis dan ahli AMANAH Negeri Kedah telah hadir membantu menjalankan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir dan pengurusan dapur rakyat. Ir. Izham mengucapkan terima kasih kepada AMANAH Kedah yang telah memberikan bantuan memulihkan keadaan di Selangor.

Selepas itu, ADUN Pandan Indah itu terus menyantuni petugas TM dan warga Bukit Changgang dan kawasan berdekatan. Beliau menyantuni masyarakat disana ketika mangsa yang terlibat dengan banjir membuat permohonan SIM Kad Percuma atas inisiatif Kerajaan Negeri Selangor.

Exit mobile version