SelangorToday

IR.IZHAM DAN ANFAAL DILANTIK SEBAGAI EXCO MEWAKILI AMANAH SELANGOR

Pengerusi AMANAH Selangor, Ir. Izham Hashim dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco Negeri Selangor buat kali kedua hari ini. Beliau yang menang majoriti besar di DUN Pandan Indah  dalam PRN baru-baru ini merupakan 1 daripada 3 orang Exco yang dilantik semula sebagai Exco bagi penggal kali ini. Bagi penggal lalu, Ir. Izham diberikan tanggungjawab sebagai Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor.  Istiadat Angkat Sumpah Exco Kerajaan Negeri Selangor pula akan diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah pada jam 2 petang.

Ir. Izham telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu mempermudahkan urusan rakyat. Antaranya Jualan Ehsan Rakyat(JER) yang menyediakan pelbagai barang basah dijual pada harga yang sangat rendah merangkumi 56 DUN di Selangor. Selain itu, inisiatif lampu jalan skala besar-besaran dilaksanakan dengan menumpukan kepada pemasangan lampu jalan di jalan-jalan kampung yang memerlukan pencahayaan. Selain Ir. Izham, Naib Ketua AWAN Nasional, Anfaal Saari juga turut dipilih sebagai anggota exco bagi memenuhi kuota AMANAH yang diperuntukkan 2 Exco diperingkat Negeri Selangor.

Anfaal yang berjaya mengalahkan bekas Exco Selangor dari PAS di kerusi DUN Taman Templer itu merupakan muka baharu selain Jamaliah Jamaludin, Najwan Halimi dan beberapa lagi pemimpin lain. Jangkaanya Anfaal akan memegang portfolio yang ditinggalkan oleh bekas Exco Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud iaitu portfolio Pembangunan Wanita dan Keluarga. Manakala Ir. Izham dijangka akan terus memegang portfolio yang disandang sebelum ini. Untuk rekod, AMANAH Selangor memenangi 5 kerusi dalam PRN lalu termasuk DUN Seri Serdang (Abbas Azmi), Batu Tiga(Danial Al-Rashid) dan Meru( Ustazah Mariam Abdul Rashid). – Selangor Today

Exit mobile version