Pengerusi AMANAH Selangor, Yang Berhormat Ir. Izham Hashim melancarkan portal Selangor Today pada sebelah malam 21 Januari 2022. Portal Selangor Today itu merupakan saluran komunikasi kelolaan AMANAH Selangor itu khusus untuk menyampaikan informasi kepada rakyat Selangor khususnya peranan AMANAH sebagai parti komponen dalam kerajaan Pakatan Harapan Selangor.

Dalam ucapan pelancarannya, Ir.Izham menegaskan bahawa betapa pentingnya saluran komunikasi dijalankan secara telus dan penuh berhemah bagi mengelakkan saluran komunikasi itu disalah gunakan. Penyalahgunaan saluran komunikasi akan menyebabkan suasan buruk terwujud seterusnya mendatangkan mudarat kepada masyarakat. Berita palsu misalnya perlu diatasi segera bagi mengelakkan budaya fitnah.

Ir. Izham berharap dengan adanya Selangor Today yang mempunyai pelbagai platform seperti Youtube, Facebook, Tiktok dan portal itu sendiri mampu memudahkan urusan parti diperingkat akar umbi menyampaikan maklumat mereka dan juga menerima maklumat. Pelancaran secara maya itu melibatkan ahli AMANAH seluruh Selangor.

Discover more from SelangorToday

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading