SelangorToday

IR. IZHAM JELASKAN KEPERLUAN SEGERA SELENGGARA LRA SSP1

Exco Infrastuktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim menjelaskan langkah penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1(LRA SSP1) yang dijadualkan pada 5 Jun ini merupakan langkah segera yang perlu diambil oleh. Tambahnya, langkah tersebut meskipun menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Selangor, namun ia perlu dilakukan dalam tempoh terdekat bagi mengelakkan komplikasi jangka panjang.

Tambah Pengerusi AMANAH Selangor itu, proses ini juga telah tertangguh sejak awal bulan Mei apabila ia dirasakan tidak sesuai. Maka waktu terdekat ini dirasakan paling sesuai sebelum masalah lain akan timbul. Ir.Izham juga turut berkata proses penyelengaraan ini merupakan kerja besar apabila yang melibatkan penggantian infra air termasuk mahu meletakkan injap yang baharu. Sebab itu ia melibatkan penutupan. Beliau berkata demikian ketika meninjau tapak penyelengaraan LRA SSP1.

Ahli Dewan Negeri(ADN) Pandan Indah itu memaklumkan kos bagi kerja-kerja berkenaan berjumlah RM500,000. Ia juga turut mengambil kira kepentingan awam dan pelbagai langkah mitigasi bagi meminimumkan kesan akibat gangguan bekalan air. Proses penyelenggaraan juga dijangka akan bermula awal bulan hadapan selepas beberapa kali penangguhan, mengambil kira musim perayaan dan faktor lain.

Tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual sementara pada 5 hingga 7 Jun ini.

Air Selangor dalam kenyataan di Facebooknya, memaklumkan gangguan itu berikutan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di LRA SSP1 yang bermula jam 9 pagi hingga 7 malam pada 5 Jun. – SelangorToday

Exit mobile version