SelangorToday

IR.IZHAM KEKAL TERAJUI AMANAH SELANGOR, KHALID SAMAD DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Ahli Dewan Negeri(ADN) Pandan Indah yang juga Ketua AMANAH Kawasan Pandan, Ir.Izham Hashim dilantik sebagai Pengerusi AMANAH Negeri Selangor bagi penggal ketiga berturut-turut. Exco Pertanian dan Infrastruktur Selangor itu menerajui AMANAH Selangor sejak AMANAH Selangor ditubuhkan pada tahun 2015. Izham menjadi ADN Pandan Indah buat penggal kedua pada tahun 2023 setelah berjaya mengalahkan penyandang kerusi tersebut dari PAS, Iskandar Abdul Samad pada tahun 2018 untuk penggal pertama. Dijangka Izham akan mengadakan mesyuarat pertamanya bersama ketua-ketua AMANAH Kawasan untuk membentuk jawatankuasa AMANAH Negeri.

Selain Ir.Izham, bekas Menteri Wilayah Ir. Khalid Samad dilantik sebagai Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan setelah beliau berkhidmat sebagai Pengerusi AMANAH Negeri Kelantan mulai pertengahan penggal yang lalu. Khalid yang merupakan calon Ahli Parlimen Titiwangsa mewakili HARAPAN pada PRU ke-15 diberikan tanggungjawab memimpin AMANAH Wilayah Persekutuan setelah keputusan syura yang dibuat oleh Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional dan pandangan dari ketua-ketua AMANAH Kawasan. Sebelum ini AMANAH Wilayah Persekutuan dipimpin oleh Naib Presiden AMANAH, Dr. Hatta Mohd Ramli.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil Noor memaklumkan, 7 negeri termasuk Wilayah Persekutuan mendapat Pengerusi yang baharu termasuk Terengganu(Hasbie Muda-Ketua Pemuda AMANAH), Kelantan(Adly Zahari-Naib Presiden), Kedah(Asmirul Anuar-bekas ADUN Kedah), Ashraf Mukhlis(Melaka), Mohd Fadzli(Pahang) dan Faiz sendiri di Pulau Pinang. – SelangorToday

Exit mobile version