SelangorToday

ISU BELLA : WUJUD AGENSI KANAK-KANAK YANG TERTANGGUH TAHUN 2019

Bekas Pegawai Khas kepada Exco Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Nabil Norhalim membetulkan semula persepsi umum terhadap isu yang sedang melanda adik Bella. Nabil menyatakan bahawa isu utama dalam hal ini bukanlah soal SOP mahupun masalah yang dihadapi berkaitan Pusat Jagaan Kanak-kanak, namun keutamaannya adalah kepada polisi anak angkat, memandangkan adik Bella diserahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Orang Kena Tuduh dalam kes ini iaitu Siti Bainun.

Tambah Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Selangor itu, polisi pengangkatan anak dalam peraturan yang ditetapkan oleh JKM dimana setiap 6 bulan ke setahun, JKM wajib memantau keberadaan anak dibawah perintah jagaan dan melaporkan kepada mahkamah. Beliau juga berkata, pada tahun 2019, timbalan menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat, sudah menyiapkan kertas cadangan untuk mewujudkan agensi kanak-kanak dibawah Akta yang perlu dipinda. . Agensi ini difokuskan untuk penguatkuasaan dan advokasi terhadap kanak-kanak.

Namun Ketua Pemuda AMANAH Kota Raja itu kesal, kerana kertas tersebut tidak berjaya direalisasikan kerana tumbangnya kerajaan PH akibat Langkah Sheraton. Beliau menegaskan, perlunya rakyat memahami apa peranan dan bidang kuasa seorang menteri (Eksekutif) dan ahli parlimen (Legislatif) kerana merekalah yang sepatutnya meminda kuasa untuk diberikan hak dan perlindungan kepada mangsa seperti adik Bella.

Exit mobile version