 
                KUANTAN, 15 Julai 2025 – Pengerusi AMANAH Pahang, Mohd Fadzli bin Mohd Ramly, menegaskan bahawa tuduhan campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam urusan kehakiman adalah tidak berasas dan bersifat persepsi semata-mata.
Menurut beliau, situasi semasa tidak boleh disamakan dengan krisis kehakiman yang berlaku pada tahun 1988 di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abas telah dipecat selepas menegur campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman melalui satu surat kepada Majlis Raja-Raja.

“Tun Mahathir secara terbuka telah memarahi hakim kerana tidak mentafsirkan undang-undang mengikut kehendak pembuat undang-undang. Beliau juga memperkenalkan pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1987 yang menyekat kebebasan media dan menjadikan keputusan menteri tidak boleh dicabar di mahkamah,” kata Mohd Fadzli.
Tambah beliau lagi, kemuncak kepada tekanan terhadap badan kehakiman ketika itu adalah apabila Perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan dipinda, yang menyebabkan institusi kehakiman hilang kuasa asalnya. “Kuasa kehakiman selepas itu hanya terpakai setakat mana yang ditentukan oleh Parlimen, menjadikan mahkamah seolah-olah di bawah kuasa legislatif,” jelasnya.
Mohd Fadzli turut mengingatkan bahawa Tun Mahathir sendiri pernah membuat lantikan kontroversi dalam badan kehakiman, termasuk melantik Ketua Hakim yang bukan pilihan utama Jawatankuasa Pemilihan pada tahun 2018 dan 2019.
Sebaliknya, jelas beliau, Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, belum membuat sebarang lantikan baharu ke dalam institusi kehakiman kerana menunggu sidang Majlis Raja-Raja. Malah, Yang di-Pertuan Agong turut menasihati agar proses ini tidak dipolitikkan kerana ia berada di bawah bidang kuasa Baginda.

“Mahkamah berjalan seperti biasa dan belum ada pelantikan yang dibuat. Anwar tidak bertindak seperti Tun M yang memecat Ketua Hakim Negara secara terbuka dan kemudiannya menggunakan pentas politik untuk mempertahankan tindakan tersebut,” katanya lagi.
Beliau menyuarakan keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja dalam memilih barisan kehakiman yang baharu tanpa perlu mengulangi sejarah gelap tahun 1988.
“Saya yakin sistem kehakiman negara akan terus bebas dan kukuh di bawah kepimpinan sekarang, jauh lebih baik dari era campur tangan nyata di bawah Tun Mahathir,” tegas Mohd Fadzli yang juga seorang peguam.Mahkamah berjalan seperti biasa dan belum ada pelantikan yang dibuat. Anwar tidak bertindak seperti Tun M yang memecat Ketua Hakim Negara secara terbuka dan kemudiannya menggunakan pentas politik untuk mempertahankan tindakan tersebut,” katanya lagi.
Beliau yang juga pengamal Undang-Undang menyuarakan keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja dalam memilih barisan kehakiman yang baharu tanpa perlu mengulangi sejarah gelap tahun 1988.
“Saya yakin sistem kehakiman negara akan terus bebas dan kukuh di bawah kepimpinan sekarang, jauh lebih baik dari era campur tangan nyata di bawah Tun Mahathir,” tegas Mohd Fadzli yang juga seorang peguam.
 
				 
                             
                             
                             
                             
                            