Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof menyeru orang ramai dan pemimpin pembangkang untuk melihat isu Malaysia Airline Holdings Berhad (MAHB) secara adil dan rasional. Beliau berkata, sebagai sebuah syarikat bermotifkan keuntungan, pastinya segala usaha dilakukan bagi memaksimumkan keupayaan dan keuntungan syarikat. Begitu juga dengan langkah penjualan saham MAHB kepada Global Infrastructure Patners(GIP) adalah satu usaha kerajaan meningkatkan keupayaan dan daya saing MAHB pada masa akan datang. Tambah Hj Azli, asasnya penjualan saham tersebut melibatkan GIP sahaja, manakala syarikat Blackrock tida berbangkit memandangkan urusan MAHB bersama GIP.
Hj Azli yang juga Pengerusi Biro Pendidikan AMANAH Nasional berkata demikian ketika menyertai sesi wawancara yang dianjurkan akhbar Sinar Harian Selasa lalu. Sepatutnya orang awam dan pihak pembangkang menilai situasi tersebut dengan berttanggungjawab tanpa ada sebarang sentimen asing. Beliau juga turut menegur Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal yang ketika itu turut menjadi ahli panel wawancara tersebut kerana menggunakan ‘Surat Layang’ sebagai fakta dan sandaran untuk mendaka wujudnya dalang dari kalangan mereka yang berpangkat tinggi yang menyebabkan saham MAHB dijual kepada syarikat Blackrck. Kata Hj Azli, surat layang itu sendiri didefinisikan sebagai surat yang tidak bertuan dan berperanan untuk menjatuhkan atau mengganggugugat seseorang. Maka fakta dalam surat layang tiada merit atau kewibawaannya untuk dianggap sebagai fakta yang sahih.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor menambah, pemilihan GIP dilakukan setelah lebih 100 syarikat menunjukkan minat untuk melabur, walau bagaimanapun, GIP yang terkenal sebagai syarikat terkenal dan mampu membawa pelaburan yang tinggi dipilih. Pilihan tersebut juga dengan syarat pengerusinya mestilah daripada Khazanah Nasional Berhad(Khazanah) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP). – SelangorToday