Exco Kemudahan Awam & Infrastruktur, Pemodenan Pertanian dan Asas Tani Selangor Yang Berhormat Ir. Izham Hashim telah turun melihat sendiri situasi terkini kejadian tanah runtuh yang berlaku di Seri Kembangan dua hari lalu. Kelmarin, hujan lebat yang melanda Lembah Klang telah menyebabkan tanah runtuh berlaku di Taman Equine Seri Kembangan yang menyebabkan 4 buah kenderaan terjerumus masuh ke dalam sungai.
Kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandan Indah itu, beliau telah mengarahkan PBT melakukan langkah awal untuk mengelakan pergerakan tanah itu berlaku dengan memasak pemasak untuk menahan daripada tanah tersebut bergerak. Manakala langkah seterusnya, beliau telah mengerahkan proses penyiasatan secara menyeluruh untuk mengenalpasti punca kejadian sebenar.
Dapatan siasatan itu akan membolehkan kerajaan negeri merangka strategi baru untuk mengurangkan risiko tanah runtuh dan proses pemulihan. Beliau yang juga Pengerusi AMANAH Selangor, akan membawa perkara ini untuk dibincangkan bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri memandangkan isu bencana alam ini berada dibawah kelolaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor.