SelangorToday

IZHAM BERJAYA SELESAI ISU SETINGGAN DI PANDAN JAYA

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim berjaya merintis jalan permulaan kearah pemuliha semula kawasan setinggan yang ada di Pandan Jaya. Sebelum ini penduduk yang mendiami perumahan teres di Pandan Jaya mengeluh atas keberadaan kawasan rumah setinggan berdekatan perumahan teres mereka. Situasi itu menyebabkan penduduk rumah teres tidak selesa dan mengadu kepada Izham selaku Exco Negeri Selangor.

Akhirnya pada 1 April selepas Solat Jumaat, Izham dan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail membuat lawatan tapak pemasangan hoarding di Pandan Jaya. Tapak pemasangan hoarding sepanjang 180 meter ini bertujuan untuk memisahkan kawasan setinggan dan perumahan teres. Tambah Pengerusi AMANAH Selangor itu, ia adalah langkah permulaan dalam mengurangkan aktiviti yang mengganggu penduduk setempat selama puluhan tahun ini.  

Bendahari Agung AMANAH Nasional itu juga menambah, setiap kali pertemuan dengan penduduk setinggan, beliau telah menyatakan bahawa kawasan yang mereka duduki ketika ini adalah sangat tidak sesuai untuk didiami sementelah ianya berada di kawasan rintis TNB. Maka jaminan diberikan oleh ADN Pandan Indah itu perancangan pemindahan penduduk setinggan ini akan dilakukan selepas segala

Exit mobile version