SelangorToday

IZHAM BIDAS AZMIN  PERIHAL BANTAHAN LEBUHRAYA PJD-LINK

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim membidas sikap Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, Azmin Ali terkait gesaannya untuk kerajaan negeri menolak terus cadangan pelaksanaan projek Lebuhraya PJD-Link. Ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor -1 semalam, Izham menjelaskan bahawa kerajaan negeri telah mengemukakan isu bantahan tersebut kepada pihak kerajaan persekutuan dengan matlamat cadangan tersebut dinilai dan boleh diberikan alternatif lain memandangkan ia mendapat bantahan penduduk. Oleh kerana projek tersebut dibawah kerajaan persekutuan, maka bantahan tersebut dikemukakan. Namun kenyataan itu tidak dipersetujui oleh Azmin yang mendakwa kerajaan negeri sepatutnya tidak perlu tunduk kepada kerajaan persekutuan dan perlu bertegas untuk menolak terus projek tersebut.

Ketidakpuasan hati Ahli Dewan Negeri(ADN) Hulu Kelang itu telah menyebabkan sesi penggulungan Izham terganggu seketika akibat perbalahan antara mereka. Izham yang juga Pengerusi AMANAH Selangor menegaskan bahawa kerajaan negeri bersikap prihatin dan bertanggungjawab dalam setiap projek yang dibangunkan di Selangor, ternyata Lebuhraya PJD-Link merupakan projek yang baik tetap beberap aspek seperti jajaran lebuhraya itu yang mendapat bantahan penduduk. Justeru, beliau berkata seharusnya bantahan ini dikemukakan dan memohon alternatif lain yang boleh disesuaikan dengan keadaan semasa bagi memastikan pembangunan dapat dijalankan dalam masa yang sama suara penduduk juga diambil perhatian.

ADN Pandan Indah itu menempelak Azmin yang hanya berjumpa dengan sebilangan kecil penduduk di sana dan mendakwa seluruh penduduk membantahnya. Sedangkan beberapa ujian secara saintifik dan teknikal bagi melihat secara terperinci butir bantahan penduduk secara menyeluruh. – SelangorToday

Exit mobile version